Wednesday, January 18, 2012

Video Seminar Pengaruh Syi'ah Dalam Tasawwuf Dan Tariqat

Video: Pengaruh Syi'ah Dalam Tasawwuf Dan Tariqat - Video ini adalah rakaman seminar Maulana Muhammad `Asri Yusuff di K.I.A.S Nilampuri, Kelantan pada 11 Januari 2012










Monday, January 9, 2012

Kisah `Alqamah Menderhakai Ibu Tidak Benar

Dr. Abdul Basit membongkar satu kisah yang tidak shahih tetapi sering disebarkan iaitu kisah tentang `Alqamah. Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut.






Sunday, December 4, 2011

Apakah Status Ibubapa Nabi s.a.w?

Perbincangan sekitar syarah hadis dari Sahih Muslim: Daripada Anas r.a.bahawa ada seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Ayahku berada di mana?" Nabi s.a.w. menjawab: "Ayahmu berada di neraka." Apabila lelaki itu berpaling Rasulullah s.a.w. memanggilnya lalu bersabda: "Ayahku dan ayahmu di dalam neraka." - (Hadis Shahih Muslim)

p/s: Sila tonton dengar dan video di bawah sampai habis :)


Wednesday, November 30, 2011

Video - Kuliah Shahih Bukhari: Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid



Dalam bab ini Imam al-Bukhari membawa hadits yang menjadi dalil kepada ijtihadnya iaitu seorang perempuan dibenarkan mendiami atau duduk dalam masjid

Oleh kerana tidak ada hadits yang menunjukkan larangan untuk perempuan tersebut berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh, maka ulama`-ulama` termasuk Imam al-Bukhari menjadikan hadits ini sebagai dalil keharusan perempuan untuk berada di dalam masjid secara mutlak, ya`ni sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.

Ini adalah kerana mereka berpegang dengan kaedah fiqh (الأصل في الأشياء الإباحة) dan kaedah ini juga yang dipegang oleh Imam Bukhari.

Selain dari Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya, ada beberapa ulama` lain yang berpendapat sebaliknya, yang menunjukkan terdapat khilaf dalam masalah ini. Pendapat-pendapat dalam hal ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

1) Imam Malik berpendapat bahawa tidak harus secara mutlak bagi orang-orang perempuan (walaupun bagi mereka yang sudah tua) untuk tidur di dalam masjid, sama ada mereka berhaidh atau pun tidak.

Alasannya ialah kerana untuk mengelakkan fitnah kerana pepatah `Arab mengatakan (لكل ساقطة لاقطة ) bermakna; “setiap yang gugur ada yang memungutnya”.

2) Imam Abu Hanifah, Imam Shafi`e dan Imam Ahmad dan jumhur ulama` pula berpendapat harus orang perempuan tidur dalam masjid dalam keadaan tidak berhaidh tetapi khilaful aula [ ya`ni tidak elok, yang lebih elok tidur di tempat lain (Nota: khilaful aula bukan bermakna makruh tetapi ianya lebih ringan daripada makruh)]

Mereka juga berpendapat tidak harus berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh.

3) Daud az-Zohiri, al-Muzani (anak murid Imam as-Syafi`e) dan Ibnu Hazam berpendapat harus tidur dalam masjid secara mutlak sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.

Dalam masalah Imam Bukhari ini sependapat dengan mereka.




Thursday, June 2, 2011

Antara Bukti Yazid Bukan Pembunuh Saidina Husain


Secara ringkas, antara bukti2 tersebut adalah:

1-Hubungan persemendaan iaitu pernikahan antara keluarga Saidina Husain dan juga Yazid, ini terbukti melalui ilmu Ansaab (ilmu ttg susur galur keturunan & keluarga) dan ilmu isnad

2-Abu Ayyub yg berjuang diketuai oleh Yazid sbg panglima dlm peperangan yang mengalahkan rom dan kemudian turki jatuh ke dalam pemerintahan Islam.

Petikan dari kuliah Shahih Bukhari 26/02/2011


Tuesday, January 25, 2011

Seminar: Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah

Objektif:

Mempertahankan ajaran Allah dan Rasul-Nya di samping memelihara lidah Mukmin daripada mengulas perselisihan antara para sahabat Nabi s.a.w tanpa berpegang kepada aqidah dan fakta yang sebenar.

Seminar seperti ini diharapkan dapat mengeluarkan kaum Muslimin daripada kancah kekeliruan tentang pertelingkahan sesama para sahabat Nabi s.a.w. Mudah-mudahan ia juga dapat menyelamatkan mereka yang tersesat jalan sehingga menghina sebahagian para sahabat Nabi yang mulia yang terlibat di dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.

Seminar ini akan mengulas tentang kedudukan para sahabat berdasarkan disiplin Al-Quran, Al-Sunnah dan analisis ilmiah terhadap riwayat sejarah.


Berlangsung di:
Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.


Tarikh:

20 September 2003


Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah - Dr. `Asri (Part 1)





Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah - Dr. `Asri (Part 2)





Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah - Dr. Johari Mat





Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah - Sesi Soal Jawab


Monday, January 3, 2011

Video Penjelasan Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w.



Hafiz Ibn Kathir menulis:

Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)


Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.


Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)


Baca lagi .... atau ikuti penjelasannya melalui video di bawah ini




Sunday, January 2, 2011

Syair `Allamah Iqbal Berkenaan Cucu Nabi s.a.w. iaitu `Ali bin Abil `Ash

Ali bin Abil `Ash bin ar-Rabi`

• 'Ali bin Abul 'Ash adalah anak Zainab binti Muhammad Rasulullah s.a.w. dengan Abul 'Ash bin Rabi'.

• Beliau adalah cucu sulung Nabi s.a.w dilahirkan sekitar 7 atau 8 tahun sebelum hijrah Nabi s.a.w.

• Beliau dididik dan dibela oleh Nabi s.a.w. sendiri sehingga zaman remajanya dengan penuh perhatian dan kasih sayang bahkan baginda selalu membawanya ke mana-mana majlis.

• Ini adalah kerana Nabi sendiri yang meminta dengan Zainab untuk menjaga cucunya ini.

• Beliau pernah membonceng bersama Rasulullah s.a.w. ketika penaklukan Makkah bahkan dalam sebuah hadits Bukhari ada menyatakan bahawa beliau disuruh oleh Nabi s.a.w. supaya naik ke atas bahunya untuk menjolok dan menjatuhkan berhala-berhala dalam Ka`bah semasa pembukaan Mekah. Pada ketika itu beliau berumur 14 atau 15 tahun.

• 'Ali meninggal ketika perang Yarmuk (perang antara Islam dan Rom) di zaman Saidina `Umar pada ketika umurnya 22 tahun bahkan menjadi cucu pertama Nabi s.a.w. yang syahid dalam medan perang.





Petikan daripada Video Anak Cucu Nabi s.a.w. Yg Dilupa & Dipinggirkan, Klik pada pautan ini utk video perbahasan lengkap mengenainya

Monday, December 27, 2010

Buah Tangan Utk Yg Dah & Akan Berkahwin: Doa Ketika Hendak Bersetubuh / Berjimak

Sedikit buah tangan untuk mereka yang sudah atau akan berumahtangga. Bagi yang akan berumahtangga tidak lama lagi, hafallah doa daripada Nabi s.a.w. ini supaya zuriat yang bakal dilahirkan diberkati Allah dan mudah-mudahan menjadi orang yang soleh dan solehah.

Inilah ikhtiar yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai langkah membina keluarga bahagia yang diredhai Allah s.w.t.

Mungkin ada antara kita yang hairan melihat begitu baik ayah dan ibunya tetapi anaknya pula tidak ada perwatakan seorang muslim. Jadi dimanakah silapnya? Sebagai seorang yang beragama Islam, apabila menghadapi sesuatu perkara maka rujukan kita adalah al-Quran dan hadits Nabi s.a.w. yang mana sekiranya diamati kita akan dapati dengan mudah betapa syumulnya Islam dan tidak Rasulullah s.a.w. tinggalkan kecuali agama Islam ini sangat sempurna sehinggakan diajar tentang segala cara supaya dapat hidup menjadi muslim yang baik.

Kaitannya dengan firman Allah s.w.t:


وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Berkongsilah / bercampurlah dengan mereka dalam hal harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. [ Al-Israa`: 64 ]


Inilah adab berjimak @ bersetubuh dengan isteri di mana seeloknya seorang yang muslim membaca doa supaya benihnya tidak bercampur gaul dengan benih syaitan.

Jadi untuk pengantin-pengantin baru. Selamat menjalani kehidupan sebagai mukmin yang sejati Insya-Allah. Amalkan doa ini kerana ia adalah sunnah Nabi yang kita warisi daripada hadits-hadits shahihnya.

Mudah-mudahan ini akan dapat mempermudahkan kita untuk mendidik dan mendorong mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. Amin!


Doa-doa tersebut adalah sebagaimana berikut:


بِاسْمِ اللهِ ، اللهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا ،

(maksudnya: Dengan nama Allah! Ya Allah! Jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa (ya`ni anak) yang akan engkau rezikan kepada kami)


Atau


اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيمَا رَزَقْتنَا نَصِيبًا

(maskudnya: Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan bahagian bagi syaitan pada apa yang Engkau rezikan kepada kami )


Doa 1





Doa 2



IbnuHasan,

28 Disember 2010,

Sg.Petani

Friday, December 24, 2010

Petikan Video Tentang Panjang Pendek Rambut Nabi s.a.w.


Antara gambar-gambar rambut yang didakwa sebagai rambut Nabi s.a.w, kebenarannya? Wallahua`lam!

Petikan Video menceritakan ttg kadar panjang pendek rambut Nabi Muhammad s.a.w.
1-Ada ketikanyasetakat bawah telinga
2-Ada ketikanya paras ke paras leher
3-Dan ada juga ketikanya sampai mencecah bahu



Petikan Dari Kuliah Shahih Muslim 221210 Bab Uban Nabi s.a.w. - Bertempat di Masjid Langgar.

Saturday, December 18, 2010

Hukum Berkaitan Gambar & Patung

Bahagian 1



Bahagian 2



Petikan Kuliah Shahih Muslim Kitab Libaas Sesi 7 - 091209. Antara kandungan:

(1) Berdasarkan hadits2 riwayat shahih Muslim ini ( Klik Untuk Matan Hadis & Terjemahan ), sebahagian ulama` berpendapat gambar maupun patung makhluk bernyawa hukumnya haram kecuali gambar pada kain atau pada kertas.

(2) `Ulama'-`ulama' yg mengatakan harus/boleh dengan beberapa sebab/dalil:

1-Shurah atau timsal dlm bahasa Arab boleh digunakan dengan makna patung

2-Hadits2 larangan tersebut adalah pada suatu ketika dahulu berdalilkan hadits yg menyebutkan 'dikecualikan gambar pada kain atau pada kertas'

3-Tujuan larangan dalam hadits adalah pada peringkat awal Nabi s.a.w. mahu menghapus dan membanteras budaya yang membawa syirik pada Allah, khurafat dan tahyul seterusnya menegakkan tauhid kpd Allah.

4-Walaupun pendapat ini mengharuskan tetapi dengan bersyarat, ya`ni jauh dari pemujaan dan unsur2 syirik termasuklah ciri2 yg boleh membawa kepadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...