Monday, January 3, 2011

Video Penjelasan Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w.



Hafiz Ibn Kathir menulis:

Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)


Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.


Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)


Baca lagi .... atau ikuti penjelasannya melalui video di bawah ini




2 comments:

  1. Saya kurang paham bahasa penceramah dalam video di atas, jadi apakah kesimpulannya? kahwin umur 40 atau 35 atau 25?

    ReplyDelete
  2. Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan.

    Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun.

    Sila baca artikel penuh pada link ini http://sukahadis.blogspot.com/2011/01/usia-sebenar-khadijah-ra-semasa.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...