Sunday, December 4, 2011
Apakah Status Ibubapa Nabi s.a.w?
Wednesday, November 30, 2011
Video - Kuliah Shahih Bukhari: Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid
Dalam bab ini Imam al-Bukhari membawa hadits yang menjadi dalil kepada ijtihadnya iaitu seorang perempuan dibenarkan mendiami atau duduk dalam masjid
Oleh kerana tidak ada hadits yang menunjukkan larangan untuk perempuan tersebut berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh, maka ulama`-ulama` termasuk Imam al-Bukhari menjadikan hadits ini sebagai dalil keharusan perempuan untuk berada di dalam masjid secara mutlak, ya`ni sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Ini adalah kerana mereka berpegang dengan kaedah fiqh (الأصل في الأشياء الإباحة) dan kaedah ini juga yang dipegang oleh Imam Bukhari.
Selain dari Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya, ada beberapa ulama` lain yang berpendapat sebaliknya, yang menunjukkan terdapat khilaf dalam masalah ini. Pendapat-pendapat dalam hal ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
1) Imam Malik berpendapat bahawa tidak harus secara mutlak bagi orang-orang perempuan (walaupun bagi mereka yang sudah tua) untuk tidur di dalam masjid, sama ada mereka berhaidh atau pun tidak.
Alasannya ialah kerana untuk mengelakkan fitnah kerana pepatah `Arab mengatakan (لكل ساقطة لاقطة ) bermakna; “setiap yang gugur ada yang memungutnya”.
2) Imam Abu Hanifah, Imam Shafi`e dan Imam Ahmad dan jumhur ulama` pula berpendapat harus orang perempuan tidur dalam masjid dalam keadaan tidak berhaidh tetapi khilaful aula [ ya`ni tidak elok, yang lebih elok tidur di tempat lain (Nota: khilaful aula bukan bermakna makruh tetapi ianya lebih ringan daripada makruh)]
Mereka juga berpendapat tidak harus berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh.
3) Daud az-Zohiri, al-Muzani (anak murid Imam as-Syafi`e) dan Ibnu Hazam berpendapat harus tidur dalam masjid secara mutlak sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Dalam masalah Imam Bukhari ini sependapat dengan mereka.
Thursday, June 2, 2011
Antara Bukti Yazid Bukan Pembunuh Saidina Husain
Secara ringkas, antara bukti2 tersebut adalah:
1-Hubungan persemendaan iaitu pernikahan antara keluarga Saidina Husain dan juga Yazid, ini terbukti melalui ilmu Ansaab (ilmu ttg susur galur keturunan & keluarga) dan ilmu isnad
2-Abu Ayyub yg berjuang diketuai oleh Yazid sbg panglima dlm peperangan yang mengalahkan rom dan kemudian turki jatuh ke dalam pemerintahan Islam.
Petikan dari kuliah Shahih Bukhari 26/02/2011
Tuesday, January 25, 2011
Seminar: Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah
Seminar seperti ini diharapkan dapat mengeluarkan kaum Muslimin daripada kancah kekeliruan tentang pertelingkahan sesama para sahabat Nabi s.a.w. Mudah-mudahan ia juga dapat menyelamatkan mereka yang tersesat jalan sehingga menghina sebahagian para sahabat Nabi yang mulia yang terlibat di dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
Seminar ini akan mengulas tentang kedudukan para sahabat berdasarkan disiplin Al-Quran, Al-Sunnah dan analisis ilmiah terhadap riwayat sejarah.
Berlangsung di:
Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Tarikh:
20 September 2003
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah - Dr. Johari Mat
Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w; Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah - Sesi Soal Jawab
Monday, January 3, 2011
Video Penjelasan Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w.
Hafiz Ibn Kathir menulis:
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.
Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)
Baca lagi .... atau ikuti penjelasannya melalui video di bawah ini
Sunday, January 2, 2011
Syair `Allamah Iqbal Berkenaan Cucu Nabi s.a.w. iaitu `Ali bin Abil `Ash
• 'Ali bin Abul 'Ash adalah anak Zainab binti Muhammad Rasulullah s.a.w. dengan Abul 'Ash bin Rabi'.
• Beliau adalah cucu sulung Nabi s.a.w dilahirkan sekitar 7 atau 8 tahun sebelum hijrah Nabi s.a.w.
• Beliau dididik dan dibela oleh Nabi s.a.w. sendiri sehingga zaman remajanya dengan penuh perhatian dan kasih sayang bahkan baginda selalu membawanya ke mana-mana majlis.
• Ini adalah kerana Nabi sendiri yang meminta dengan Zainab untuk menjaga cucunya ini.
• Beliau pernah membonceng bersama Rasulullah s.a.w. ketika penaklukan Makkah bahkan dalam sebuah hadits Bukhari ada menyatakan bahawa beliau disuruh oleh Nabi s.a.w. supaya naik ke atas bahunya untuk menjolok dan menjatuhkan berhala-berhala dalam Ka`bah semasa pembukaan Mekah. Pada ketika itu beliau berumur 14 atau 15 tahun.
• 'Ali meninggal ketika perang Yarmuk (perang antara Islam dan Rom) di zaman Saidina `Umar pada ketika umurnya 22 tahun bahkan menjadi cucu pertama Nabi s.a.w. yang syahid dalam medan perang.