Monday, December 27, 2010

Buah Tangan Utk Yg Dah & Akan Berkahwin: Doa Ketika Hendak Bersetubuh / Berjimak

Sedikit buah tangan untuk mereka yang sudah atau akan berumahtangga. Bagi yang akan berumahtangga tidak lama lagi, hafallah doa daripada Nabi s.a.w. ini supaya zuriat yang bakal dilahirkan diberkati Allah dan mudah-mudahan menjadi orang yang soleh dan solehah.

Inilah ikhtiar yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai langkah membina keluarga bahagia yang diredhai Allah s.w.t.

Mungkin ada antara kita yang hairan melihat begitu baik ayah dan ibunya tetapi anaknya pula tidak ada perwatakan seorang muslim. Jadi dimanakah silapnya? Sebagai seorang yang beragama Islam, apabila menghadapi sesuatu perkara maka rujukan kita adalah al-Quran dan hadits Nabi s.a.w. yang mana sekiranya diamati kita akan dapati dengan mudah betapa syumulnya Islam dan tidak Rasulullah s.a.w. tinggalkan kecuali agama Islam ini sangat sempurna sehinggakan diajar tentang segala cara supaya dapat hidup menjadi muslim yang baik.

Kaitannya dengan firman Allah s.w.t:


وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Berkongsilah / bercampurlah dengan mereka dalam hal harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. [ Al-Israa`: 64 ]


Inilah adab berjimak @ bersetubuh dengan isteri di mana seeloknya seorang yang muslim membaca doa supaya benihnya tidak bercampur gaul dengan benih syaitan.

Jadi untuk pengantin-pengantin baru. Selamat menjalani kehidupan sebagai mukmin yang sejati Insya-Allah. Amalkan doa ini kerana ia adalah sunnah Nabi yang kita warisi daripada hadits-hadits shahihnya.

Mudah-mudahan ini akan dapat mempermudahkan kita untuk mendidik dan mendorong mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. Amin!


Doa-doa tersebut adalah sebagaimana berikut:


بِاسْمِ اللهِ ، اللهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا ،

(maksudnya: Dengan nama Allah! Ya Allah! Jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa (ya`ni anak) yang akan engkau rezikan kepada kami)


Atau


اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيمَا رَزَقْتنَا نَصِيبًا

(maskudnya: Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan bahagian bagi syaitan pada apa yang Engkau rezikan kepada kami )


Doa 1





Doa 2



IbnuHasan,

28 Disember 2010,

Sg.Petani

Friday, December 24, 2010

Petikan Video Tentang Panjang Pendek Rambut Nabi s.a.w.


Antara gambar-gambar rambut yang didakwa sebagai rambut Nabi s.a.w, kebenarannya? Wallahua`lam!

Petikan Video menceritakan ttg kadar panjang pendek rambut Nabi Muhammad s.a.w.
1-Ada ketikanyasetakat bawah telinga
2-Ada ketikanya paras ke paras leher
3-Dan ada juga ketikanya sampai mencecah bahu



Petikan Dari Kuliah Shahih Muslim 221210 Bab Uban Nabi s.a.w. - Bertempat di Masjid Langgar.

Saturday, December 18, 2010

Hukum Berkaitan Gambar & Patung

Bahagian 1



Bahagian 2



Petikan Kuliah Shahih Muslim Kitab Libaas Sesi 7 - 091209. Antara kandungan:

(1) Berdasarkan hadits2 riwayat shahih Muslim ini ( Klik Untuk Matan Hadis & Terjemahan ), sebahagian ulama` berpendapat gambar maupun patung makhluk bernyawa hukumnya haram kecuali gambar pada kain atau pada kertas.

(2) `Ulama'-`ulama' yg mengatakan harus/boleh dengan beberapa sebab/dalil:

1-Shurah atau timsal dlm bahasa Arab boleh digunakan dengan makna patung

2-Hadits2 larangan tersebut adalah pada suatu ketika dahulu berdalilkan hadits yg menyebutkan 'dikecualikan gambar pada kain atau pada kertas'

3-Tujuan larangan dalam hadits adalah pada peringkat awal Nabi s.a.w. mahu menghapus dan membanteras budaya yang membawa syirik pada Allah, khurafat dan tahyul seterusnya menegakkan tauhid kpd Allah.

4-Walaupun pendapat ini mengharuskan tetapi dengan bersyarat, ya`ni jauh dari pemujaan dan unsur2 syirik termasuklah ciri2 yg boleh membawa kepadanya.

Tuesday, December 14, 2010

Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w. - Bahagian 1












Keistimewaan Tajuk Sahih al-Bukhari Dan Sumbangan Maulana Zakaria Dalam Bidang Hadis




Dihyah bin Khalifah al-Kalbi r.a



Dihyah bin Khalifah al-Kalbi r.a adalah:
- Sahabat yang paling serupa dengan Nabi s.a.w. dari rupa parasnya.
- Sangat kacak sehingga selalu memakai niqab / menutupi mukanya dengan kain
- Selalu diintai2 oleh perempuan kerana kekacakannya
- Selalu menjadi utusan atau diplomat bagi pihak Nabi s.a.w. ke negara-negara asing
- Antara lain, cucu baginda sendiri sendiri iaitu Saidina Hasan juga mirip dengan baginda s.a.w.


Dipetik dari Kuliah Sahih Bukhari Kitab Shalat Sesi 10 - 271110 Bertempat di bangunan Tabung Haji (Anjuran PAKSI)




Sunday, December 12, 2010

Fiqh Imam Bukhari Berkenaan Seluar Pendek


Petikan video ini tidak bermaksud untuk membudayakan seluar pendek. Ianya adalah untuk mendalami ilmu fiqh Imam al-Bukhari rahimahullah melalui kitab sahihnya.

Antara kandungan video:

-Imam Bukhari berpendapat bahawa paha bukanlah aurat dan sah bagi mereka yang bersembahyang dengan hanya memakainya berdalilkan kata-kata Saidina `Umar dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah

-Imam Bukhari mengisyaratkan bahawa aurat terbahagi kepada 2:

1) Aurat Mughallazah - Aurat yang mesti ditutup sama ada dalam atau luar sembahyang iaitu qubul dan dubur sahaja.

2) Aurat Mukhaffafah - ya`ni aurat yang tidak semestinya seperti paha yang sekiranya tidak ditutup sekalipun tetap sah sembahyang. Aurat Mukhaffah adalah anggota-anggota selain qubul dan dubur.

Petikan ini dari kuliah Shahih Bukhari (Bertempat di Bangunan Tabung Haji) Kitab Shalat Sesi 8 - 06/11/2010


Hukum Berkaitan Muzik


Fatwa yang mengharuskan muzik sama ada mendengar maupun bermain muzik adalah fatwa Ibnu Hazam az-Zohiri, (salah seorang tokoh mazhab Zohiri)

Petikan dari Kuliah Sahih Bukhari Kitab Shalat Sesi 11 - 041210 (Bertempat di bangunan Tabung Haji, Anjuran PAKSI)




Perkahwinan Zainab Binti Jahsy & Penjelasan Isu Sekitarnya


Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab Binti Jahsy menjadi isu bahkan tohmahan bagi sesetengah pihak yang cuba mengelirukan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jama`ah dengan menabur fitnah dan cerita-cerita karut.

Zainab binti Jahsy asalnya adalah isteri kepada Zaid bin Haritsah dan kemudiannya berkahwin dengan Nabi s.a.w. setelah diceraikan oleh Zaid, mengapa dan kenapa..sila tonton video di atas atau klik untuk membaca artikel penjelasan mengenainya.



Saturday, October 16, 2010

Kisah Nabi Sulaiman a.s. Dengan Seekor Semut

Kisah Nabi Sulaiman a.s. Dengan Seekor Semut ada disebutkan dalam `Umdatul Qari Syarah Sahih al-Bukhari

Thursday, October 14, 2010

Bab Elok Membunuh Cicak (Sanggahan Terhadap Fahaman Anti-Hadis)



Jawapan kepada anti-hadis yg menganggap membunuh cicak adalah perkara yang lekeh dan penyebab hadits2 tidak boleh menjadi pegangan. Hadis2 riwayat Imam Muslim ini jelas menunjukkan bahawa membunuh atau menghilangkan perkara yang boleh mencemarkan persekitaran serta membawa penyakit adalah dituntut dan mendapat ganjaran di sisi Allah

Petikan Dari Shahih Muslim Kitab Salaam ( Kitab Membunuh Ular Dan Selainnya, Bab Elok Membunuh Cicak Sesi 18 - 230610 ) Syarahan oleh Maulana Muhammad `Asri Yusuf

Jawab & Beri Salam Bukan Mahram, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia




Antara apa yg dapat difahami dari hadis Ummu Hani` adalah:

1-Memberi & menjawab salam sama ada dari perempuan kepada lelaki bukan mahram atau dari lelaki kepada perempuan bukan mahram adalah harus

2-Harus mendengar suara bukan mahram

3-Boleh menggunakan ucapan Selamat datang, selamat berbahgia dan juga harus menggunakan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia untuk bukan islam

Wednesday, October 6, 2010

"Orang Syiah Bertukar Rupa Seperti Babi / Himar Akibat Memaki Sahabat Nabi s.a.w." - `Umdatul Qari






Maulana `Asri Yusuff: "Orang Syiah yang sering memaki sahabat bertukar rupa menjadi seperti babi / keldai di saat kematiannya. Peristiwa ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang soleh dan suci hatinya. Ini ada tercatat dalam `Umdatul Qari Syarah Sahih Bukhari karangan al-Hafiz `Aini"

Cara Nabi s.a.w. Berkhutbah (Bab Meringkaskan/Memendekkan Khutbah)



Kesimpulannya:

-Kebanyakan hadits menunjukkan khutbah Nabi s.a.w. lebih pendek daripada bacaan dalam sembahyangnya ya`ni bacaan dalam sembahyang lebih panjang dari khutbahnya.

-Ulama` berbeza pendapat tentang kadar dan makna ringkas yg dimaksudkan dalam hadits

-Walaubagaimana pun tidak semestinya terikat dgn cara ini sahaja tetapi sekiranya boleh dilakukan maka inilah yg sebaik-baiknya

Sunday, September 5, 2010

Bab Apabila Hari Raya Berbetulan Dengan Hari Jumaat

Hukum Sembahyang Hari Raya, Sbb dinamakan `eid' & Tahun Disyariatkan



Petikan kuliah Sunan Abi Daud: Bab Sembahyang Dua Hari Raya, Antara isinya:

-Sebab2 dinamakan `eid' (eidulfitri):
Adanya tafa`ul (sempena baik) dari nama tersebut ya`ni sebagai doa yg bermaksud: yg berulang, semoga berulang dll

-Tahun mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah bagi sesetengah ulama` dan tahun ke2 Hijrah bagi jumhur ulama`

-Hukum Sembahyang Hari Raya, khilaf menurut ulama`:
1- Abu Hanifah mengatakannya wajib
2-Abu Sa`id al-Istakhri (salah seorang tokoh dlm mazhab Syafie) mengatakannya fardhu kifayah
3-Sunnat muakkad di sisi imam Syafie dan jumhur ulama'

Wednesday, September 1, 2010

Penjelasan maksud sebenar hadits larangan pemakaian labuh


Petikan Dari Kuliah Shahih Muslim: Kitab Libaas (Kitab Tentang Pakaian) 181109 - Syarahan Oleh Maulana Asri Yusuf

Benarkah Marwan bin al-Hakam Melakukan Bid`ah Pada Hari Raya?

Hukum Membesarkan & Memuliakan Perayaan Orang Kafir, Kongsi Raya dsbg


Kita sering ditanya; bolehkah kita menghadiri jamuan perayaan bukan Islam? Harus atau tidak untuk kita turut sama dalam acara-acara seperti membuat kolum dan seumpamanya? Bolehkah kita memberi hadiah kepada orang bukan Islam pada hari natal? Bolehkah kita menghadiahkan sesuatu atau melakukan sesuatu sempena perayaan mereka? Bolehkah kita mengucapkan selamat pada hari raya bukan Islam seperti selamat hari natal, selamat hari deepavali dan lain-lain?



Abu Hafsh al-Kabir al-Hanafi berkata: "Sesiapa yang menghadiahkan walau sebiji telur sahaja kepada musyrik/orang kafir pada hari rayanya kerana membesarkan hari rayanya maka dia jadi kafir dan dia terhapus amalannya."



Untuk penjelasan lanjut sila tonton video ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...