Sunday, December 12, 2010
Fiqh Imam Bukhari Berkenaan Seluar Pendek
Petikan video ini tidak bermaksud untuk membudayakan seluar pendek. Ianya adalah untuk mendalami ilmu fiqh Imam al-Bukhari rahimahullah melalui kitab sahihnya.
Antara kandungan video:
-Imam Bukhari berpendapat bahawa paha bukanlah aurat dan sah bagi mereka yang bersembahyang dengan hanya memakainya berdalilkan kata-kata Saidina `Umar dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
-Imam Bukhari mengisyaratkan bahawa aurat terbahagi kepada 2:
1) Aurat Mughallazah - Aurat yang mesti ditutup sama ada dalam atau luar sembahyang iaitu qubul dan dubur sahaja.
2) Aurat Mukhaffafah - ya`ni aurat yang tidak semestinya seperti paha yang sekiranya tidak ditutup sekalipun tetap sah sembahyang. Aurat Mukhaffah adalah anggota-anggota selain qubul dan dubur.
Petikan ini dari kuliah Shahih Bukhari (Bertempat di Bangunan Tabung Haji) Kitab Shalat Sesi 8 - 06/11/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment