Monday, December 27, 2010

Buah Tangan Utk Yg Dah & Akan Berkahwin: Doa Ketika Hendak Bersetubuh / Berjimak

Sedikit buah tangan untuk mereka yang sudah atau akan berumahtangga. Bagi yang akan berumahtangga tidak lama lagi, hafallah doa daripada Nabi s.a.w. ini supaya zuriat yang bakal dilahirkan diberkati Allah dan mudah-mudahan menjadi orang yang soleh dan solehah.

Inilah ikhtiar yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai langkah membina keluarga bahagia yang diredhai Allah s.w.t.

Mungkin ada antara kita yang hairan melihat begitu baik ayah dan ibunya tetapi anaknya pula tidak ada perwatakan seorang muslim. Jadi dimanakah silapnya? Sebagai seorang yang beragama Islam, apabila menghadapi sesuatu perkara maka rujukan kita adalah al-Quran dan hadits Nabi s.a.w. yang mana sekiranya diamati kita akan dapati dengan mudah betapa syumulnya Islam dan tidak Rasulullah s.a.w. tinggalkan kecuali agama Islam ini sangat sempurna sehinggakan diajar tentang segala cara supaya dapat hidup menjadi muslim yang baik.

Kaitannya dengan firman Allah s.w.t:


وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Berkongsilah / bercampurlah dengan mereka dalam hal harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. [ Al-Israa`: 64 ]


Inilah adab berjimak @ bersetubuh dengan isteri di mana seeloknya seorang yang muslim membaca doa supaya benihnya tidak bercampur gaul dengan benih syaitan.

Jadi untuk pengantin-pengantin baru. Selamat menjalani kehidupan sebagai mukmin yang sejati Insya-Allah. Amalkan doa ini kerana ia adalah sunnah Nabi yang kita warisi daripada hadits-hadits shahihnya.

Mudah-mudahan ini akan dapat mempermudahkan kita untuk mendidik dan mendorong mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. Amin!


Doa-doa tersebut adalah sebagaimana berikut:


بِاسْمِ اللهِ ، اللهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا ،

(maksudnya: Dengan nama Allah! Ya Allah! Jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa (ya`ni anak) yang akan engkau rezikan kepada kami)


Atau


اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيمَا رَزَقْتنَا نَصِيبًا

(maskudnya: Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan bahagian bagi syaitan pada apa yang Engkau rezikan kepada kami )


Doa 1





Doa 2



IbnuHasan,

28 Disember 2010,

Sg.Petani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...